'Tak berani turunkan barang, bimbang gelombang ketiga'

Al-Sultan Abdullah mengurniakan sumbangan kepada mangsa yang terlibat banjir di PSS SK Bunut Rendang pada Sabtu.
Al-Sultan Abdullah mengurniakan sumbangan kepada mangsa yang terlibat banjir di PSS SK Bunut Rendang pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN – "Saya tak berani turunkan barang kerana bimbang gelombang ketiga melanda."

Demikian kata pekerja swasta, Khairul Azrul Ismail, 45, yang masih menyimpan barangan penting di loteng rumahnya di Taman Inderapura walaupun paras air telah surut.

Menurutnya, langkah itu diambil sebagai persediaan susulan cuaca yang tidak menentu serta pengalaman pahit berdepan banjir besar sebelum ini.

Khairul Azrul
Khairul Azrul

"Banjir kali ini lebih kurang seperti kejadian pada 2013 apabila air memasuki rumah, tapi kerosakan barangan tidak seteruk pada 2021.

"Rumah sudah dibersihkan, tapi kawasan luar masih kotor dan barang-barang masih di loteng. Saya tidak berani turunkan lagi sebab orang kata mungkin ada gelombang ketiga," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli ke PPS tersebut untuk meninjau keadaan mangsa banjir dan mengurniakan sumbangan.

Khairul Azrul berkata, pengalaman banjir terdahulu mengajarnya supaya bertindak lebih awal dengan mengangkat barangan ke tempat tinggi sebaik cuaca bertukar buruk.

Artikel Berkaitan:

“Semasa hujan lebat, kami sudah alihkan barang penting ke tempat tinggi, jadi kerosakan dapat dikurangkan,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Eng Lai Yen, 47, berkata, ini pengalaman kali kedua beliau menghadapi banjir sejak menetap di Inderapura.

Lai Yen
Lai Yen

Dia berharap kerajaan dapat memperbaiki sistem pengurusan banjir untuk mengelakkan risiko serupa pada masa akan datang.

“Setiap hujung tahun, kami risau sama ada air naik atau tidak. Memang takut sangat, jadi harap kerajaan lakukan sesuatu,” ujarnya.

Mohamad Rozid
Mohamad Rozid

Sementara itu, pemandu lori, Mohamad Rozid Gani, 49, berkata, persediaan awal dilakukan termasuk menyediakan rak, meja dan besi staging, namun terdapat barangan yang tidak sempat diselamatkan.

“Setiap tahun memang kami buat persediaan awal. Rasa risau itu tetap ada, tapi kami sudah biasa menghadapinya,” katanya yang telah berada di PPS selama tiga hari.

Ringkasan AI

  • Khairul Azrul Ismail menyimpan barangan penting di loteng rumah sebagai persediaan menghadapi gelombang ketiga banjir
  • Banjir kali ini di Taman Inderapura kurang teruk berbanding pada 2021 namun pengalaman pahit tahun lalu membuat penduduk berjaga-jaga
  • Sultan Pahang meninjau keadaan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan mengurniakan sumbangan
  • Penduduk telah mengambil langkah awal memindahkan barangan penting ke tempat lebih tinggi untuk mengurangkan kerosakan
  • Penduduk berharap kerajaan dapat memperbaiki sistem pengurusan banjir untuk mengelakkan risiko serupa pada masa akan datang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!