Juadah dari dapur istana untuk mangsa banjir di Kuantan

Mangsa banjir yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan Melati menerima juadah dari dapur Istana Pahang menerusi penghantaran yang dilaksanakan Pasukan Bantuan Bencana Majlis Kesultanan Pahang menggunakan Trak tiga tan GS Cargo HICOM Handalan II (4 Briged Mekanize) hari ini - Foto: FB Kesultanan Pahang
Mangsa banjir yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan Melati menerima juadah dari dapur Istana Pahang menerusi penghantaran yang dilaksanakan Pasukan Bantuan Bencana Majlis Kesultanan Pahang menggunakan Trak tiga tan GS Cargo HICOM Handalan II (4 Briged Mekanize) hari ini - Foto: FB Kesultanan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Mangsa banjir di sini menerima hidangan istimewa apabila Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbang makanan yang disediakan oleh cef di Istana Abdulaziz.

Sebanyak 340 bungkus pelbagai menu seperti nasi goreng cina telur mata, kuetiau goreng telur mata dan bihun goreng telur mata berserta minuman diagihkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melati di sini hari ini.

"Hari ini, 19 Disember merupakan hari ketiga dapur istana meriah seawal jam 5.30 pagi bagi menyediakan makanan kurniaan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang.

"Keprihatinan baginda berdua tidak perlu disangkal kerana ia bagaikan DNA (Asid Deoxyribonucleic) atau sifat semulajadi yang cakna, mesra rakyat dan sering turun padang,” menurut Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook.

Mohamed Zahari (kiri) ketika menyerahkan juadah pelbagai menu kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Melati di sini hari ini. - Foto: FB Kesultanan Pahang
Mohamed Zahari (kiri) ketika menyerahkan juadah pelbagai menu kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Melati di sini hari ini. - Foto: FB Kesultanan Pahang

Menurut hantaran itu, Tunku Azizah turut menitahkan cef di istana untuk memasak setiap hari dan menghantar makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS terutama di sekitar Kuantan.

Diketuai Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, penghantaran hari ini dilaksanakan Pasukan Bantuan Bencana Majlis Kesultanan Pahang menggunakan Trak tiga tan GS Cargo HICOM Handalan II (4 Briged Mekanize) berikutan keadaan laluan yang masih ditenggelami air.

Mohamed Zahari turut meninjau keadaan kebersihan, kelengkapan dan keselamatan di sekitar PPS tersebut seperti yang dititahkan Sultan Pahang.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, baginda sekeluarga berada di Bangkok, Thailand kerana memberi sokongan padu kepada anakanda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah yang mewakili Malaysia dalam sukan polo sempena Sukan SEA 2025. - Bernama

Ringkasan AI

  • Mangsa banjir di Kuantan menerima hidangan istimewa sumbangan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang dari dapur Istana Abdulaziz
  • Sebanyak 340 bungkus makanan termasuk nasi goreng cina telur mata, kuetiau goreng telur mata dan bihun goreng telur mata diagihkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melati
  • Dapur istana mulai beroperasi seawal 5.30 pagi untuk menyediakan makanan selama tiga hari berturut-turut
  • Kesultanan Pahang menerusi Facebook menyatakan kesetiaan Sultan dan Tengku Ampuan Pahang terhadap rakyat sejajar dengan sifat mereka yang cakna dan mesra rakyat
  • Penghantaran makanan ke PPS dilakukan menggunakan trak tiga tan oleh Pasukan Bantuan Bencana Majlis Kesultanan Pahang disebabkan keadaan laluan banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!