Redah banjir paras paha, warga emas syukur ubi kayu laku keras

Jusoh tetap menuai ubi kayu walaupun kebunnya digenangi air. - Foto Sinar Harian
Jusoh tetap menuai ubi kayu walaupun kebunnya digenangi air. - Foto Sinar Harian
A
A
A

KUANTAN – “Susah itu memang ada, tapi rezeki ALLAH tetap sampai,” kata seorang warga emas, Jusoh Abdullah yang bersyukur jualan ubi kayu laris meskipun ketika musim banjir.

Di sebalik kesukaran hidup ketika musim bah, petani berusia 76 tahun itu terus cekal mencari rezeki apabila hasil tanamannya menjadi buruan penduduk setempat.

Jusoh berkata, permintaan terhadap ubi kayu meningkat ketara setiap kali musim tengkujuh, menyebabkan bekalan yang ada sering tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Dia telah mengusahakan tanaman ubi kayu dan jagung sejak lebih lima dekad lalu selepas meninggalkan pekerjaan sebagai pekerja kilang papan sekitar awal 1970-an.

Jusoh - Foto Sinar Harian
Jusoh - Foto Sinar Harian

“Dulu saya tanam jagung, lepas itu tanam ubi kayu... memang kerja saya jual ubi masa inilah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kebunnya yang digenangi air di Kampung Sri Damai di sini pada Sabtu.

Bapa kepada enam anak itu memberitahu, dia tetap meneruskan rutin mencabut ubi walaupun terpaksa meredah air paras paha dan berdepan risiko lintah, sebelum dijual secara menjaja atau di gerai kecilnya.

Ujarnya, hasil dijual ubi boleh mencegah 40 hingga 50 kilogram sehari sepanjang musim banjir.

Artikel Berkaitan:

Jusoh menunjukkan ubi kayu yang ditanam di kebunnya di Kampung Sri Damai sini pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Jusoh menunjukkan ubi kayu yang ditanam di kebunnya di Kampung Sri Damai sini pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

“Harga sama saja, RM5 sekilogram..sekarang ubi tidak cukup, orang memang suka cari ubi waktu-waktu macam ini,” ujarnya.

Tambah Jusoh, kebanyakan ubi yang dijual adalah hasil tanaman sendiri, namun dalam keadaan tertentu, dia perlu mendapatkan bekalan daripada orang lain bagi menampung permintaan yang tinggi.

 

 

Ringkasan AI

  • Jusoh Abdullah yang juga petani warga emas menjual ubi kayu laris ketika musim banjir
  • Permintaan terhadap ubi kayu meningkat setiap kali musim tengkujuh
  • Jusoh mengusahakan tanaman ubi kayu dan jagung sejak lebih lima dekad
  • Meneruskan rutin mencabut ubi walaupun terpaksa meredah air paras paha
  • Hasil dijual ubi boleh mencapai 40 hingga 50 kilogram sehari semasa banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!