Rempuh trak tentera: Pemandu Proton Wira bawah pengaruh dadah, polis temukan pil kuda

Polis tidak menolak pemandu Proton Wira berada di bawah pengaruh dadah semasa merempuh trak tentera yang menyebabkan kematian anggota ATM.
Polis tidak menolak pemandu Proton Wira berada di bawah pengaruh dadah semasa merempuh trak tentera yang menyebabkan kematian anggota ATM.
A
A
A

MACHANG - Polis tidak menolak dakwaan pemandu kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayai merempuh trak tentera sehingga menyebabkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut berada di bawah pengaruh dadah semasa hari kejadian pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, dakwaan tersebut dikukuhkan apabila pihak polis menemui 41 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis kuda di dalam kenderaan berkenaan.

"Sebelum kejadian, ada saksi melihat kereta itu dipandu dalam keadaan terhuyung hayang masuk kanan kiri jalan.

"Ujian air kencing tidak dapat dilakukan kerana pemandu berusia 34 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Pakar USM (Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia)," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurutnya, tangkapan dibuat tetapi diberi jaminan polis memandang pemandu sedang kritikal di hospital.

Tambahnya, penganggur itu merupakan bekas banduan dan baru keluar penjara pada 4 Disember lalu.

Ahmad Shafiki memberitahu, lelaki yang berasal dari RKT Sungai Asap di Gua Musang itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik, serta dua kes jenayah termasuk liwat.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya, 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, 1987.

"Kami dimaklumkan lelaki itu mengalami kecederaan kritikal terutamanya pada bahagian kepala, badan dan patah kedua-dua belah kaki," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang orang awam dalam kemalangan membabitkan sebuah trak lima tan tentera dan sebuah Proton Wira di Kampung Bukit Belah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.51 petang itu, kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai bertembung dengan trak tentera sebelum salah seorang anggota ATM disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan AI

  • Polis tidak menolak pemandu Proton Wira berada di bawah pengaruh dadah semasa merempuh trak tentera yang menyebabkan kematian anggota ATM
  • Pemandu ditemui dengan 41 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis kuda dalam kenderaannya
  • Saksi melihat kereta dipandu dalam keadaan terhuyung hayang sebelum kejadian
  • Pemandu kritikal di hospital, tidak dapat jalani ujian air kencing, merupakan bekas banduan dengan rekod jenayah
  • Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Pengangkutan Jalan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!