Seorang anggota tentera maut, 4 cedera trak bertembung Proton Wira

MACHANG - Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang orang awam dalam kemalangan membabitkan sebuah trak lima tan dan Proton Wira di Kampung Bukit Belah di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.51 petang itu, kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai bertembung dengan trak tentera sebelum salah seorang anggota ATM meninggal dunia di lokasi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fadzil Musa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang sebelum bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera bersama enam anggota.
Menurut beliau, setibanya di lokasi pada jam 6.58 petang, pasukannya mendapati pemandu Proton Wira, tersepit dan cedera parah.
"Manakala tiga lagi anggota ATM turut mengalami kecederaan.
“Kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita.
Ujar beliau, mangsa yang meninggal dunia di lokasi disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ringkasan AI
- Seorang anggota ATM maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Kampung Bukit Belah
- Kemalangan membabitkan sebuah trak lima tan ATM dan Proton Wira
- Pemandu Proton Wira tersepit dan cedera parah
- Tiga lagi anggota ATM turut mengalami kecederaan
- Mangsa yang maut disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

