Proton Wira gagal memotong kenderaan lain punca bertembung trak tentera - Polis

Tindakan seorang pemandu Proton Wira yang cuba memotong kenderaan lain di hadapannya sehingga merempuh sebuah trak tentera di laluan bertentangan dipercayai menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut pada Khamis.Foto: PDRM

A
A
A

MACHANG – Tindakan seorang pemandu Proton Wira yang cuba memotong kenderaan di hadapannya lalu merempuh sebuah trak tentera dari arah bertentangan dipercayai menjadi punca kemalangan yang mengorbankan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah itu turut menyebabkan tiga lagi anggota ATM termasuk pemandu Proton Wira mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati trak tiga tan jenis Hicom Handalan milik ATM yang membawa empat anggota sedang dalam perjalanan pulang dari Tanah Merah ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

Siasatan awal mendapati trak tiga tan jenis Hicom Handalan milik ATM yang membawa empat anggota sedang dalam perjalanan pulang dari Tanah Merah ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.Foto: PDRM
Siasatan awal mendapati trak tiga tan jenis Hicom Handalan milik ATM yang membawa empat anggota sedang dalam perjalanan pulang dari Tanah Merah ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.Foto: PDRM

"Ketika tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dari arah Kota Bharu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Laluan itu merupakan laluan sah milik trak ATM. Pemandunya tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang merupakan penumpang di tempat duduk hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Keadaan Proton Wira remuk selepas terlibat kemalangan.
Keadaan Proton Wira remuk selepas terlibat kemalangan.

Ujarnya, empat lagi mangsa termasuk pemandu Proton Wira dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Ahmad Shafiki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

"Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-1454020 atau Bilik Gerakan IPD Machang di talian 09-9751222,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!