Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka

Tular video memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu dalam sebuah kedai serbaneka di sini.
Tular video memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu dalam sebuah kedai serbaneka di sini.
A
A
A

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai mabuk bertindak menimbulkan kekecohan di sebuah kedai serbaneka di sini dalam kejadian pada Sabtu.

Suspek kemudian bertindak mengganggu seorang pekerja di kedai serbaneka terbabit sehingga berlaku pergaduhan antara kedua-dua individu itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 3.26 petang.

“Laporan dibuat oleh mangsa yang mendakwa suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan mabuk sebelum mengganggunya.

“Pergaduhan kemudiannya berlaku antara kedua-dua individu di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, polis turut mengesan satu video berkaitan insiden tersebut yang tular di media sosial.

“Permohonan arahan untuk meneruskan siasatan akan dibuat bagi tujuan tindakan lanjut.

“Suspek serta saksi yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di media sosial selain tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berhubung insiden ini.

“Saksi yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Shahiren Ibrahim di talian 019-569 3864 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai serbaneka di sini.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki dipercayai mabuk sebelum bertindak menimbulkan kekecohan dalam sebuah kedai serbaneka di Petaling Jaya pada Sabtu
  • Suspek mengganggu seorang pekerja, menyebabkan pergaduhan
  • Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.26 petang
  • Video insiden tersebut tular di media sosial
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!