Zara Qairina dituduh terlibat kes curi kerana didakwa pernah ditemui wang yang banyak dalam lokernya - Saksi

KOTA KINABALU - Saksi ke-22 yang juga kanak-kanak ke-13 memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dituduh terlibat dalam kes curi kerana didakwa pernah ditemui wang yang banyak di dalam loker pelajar tersebut.
Saksi memberi keterangannya itu di Mahkamah Koroner, di sini secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Selasa.
Peguam Joan Goh berkata, saksi memaklumkan sebelum kejadian itu, Zara Qairina pernah dipanggil oleh pelajar senior sebanyak sekali berkaitan kes curi di asrama mereka.
"Tetapi saksi tidak tahu berkenaan kes itu, dan Zara tidak mengaku terbabit dengan kes itu. Zara dituduh terlibat dengan kes curi kerana mereka pernah jumpa wang yang banyak dalam loker Zara, diberitahu oleh rakan sebilik Zara.
"Saksi berkata, mereka tidak pernah memberitahu kepada guru mengenai kes kecurian yang berlaku dan mereka tidak pernah memberitahu guru bahawa mereka mengesyaki Zara yang melakukan perkara itu," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.
Joan berkata, saksi memaklumkan di asrama mereka tiada peraturan yang menyatakan pelajar daripada dorm lain tidak boleh memasuki dorm orang lain.
"Saksi juga memberitahu pada jam 10.30 hingga 11 malam, pelajar sepatutnya berada di dalam dorm untuk tidur. Saksi dan rakan-rakan senior yang lain tidak pernah diberikan kebenaran oleh guru untuk menegur, memarahi dan menghakimi pelajar yang berbuat salah.
"Saksi turut berkata, guru juga tidak pernah memberikan kuasa kepada mereka untuk bersikap kasar, guru tidak tahu mereka bersikap kasar kepada pelajar lain, mereka cuma ikut amalan yang lalu, kerana dulu mereka pun diperlaku sedemikian," katanya.
Jelas Joan lagi, saksi memaklumkan semasa dia di Tingkatan Satu, ramai pelajar batch membuat 'barcode' dengan menoreh di lengan menggunakan alat 'cutter' tetapi dia tidak pasti apa tujuannya.
"Jadi pada masa itu, saksi pun ada buat 'barcode' dengan menoreh tangan kerana pada masa itu, saksi 'stress' dengan masalah keluarga dan terikut-ikut dengan trend 'batch' saksi.
"Saksi buat begini sebanyak tiga kali iaitu sekali masa Tingkatan Satu waktu pertengahan tahun, kedua kali pada hujung tahun dan awal tahun masa Tingkatan Dua. Saksi tidak pernah buat 'barcode' selepas itu," katanya.
Joan bersama rakan sepasukannya iaitu Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan mewakili salah seorang daripada lima pelajar yang dituduh dalam kes berkaitan Zara Qairina dan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Zara Qairina Mahathir dituduh terlibat dalam kes curi kerana ditemui wang yang banyak di dalam loker pelajar tersebut
- Saksi memberitahu kepada Mahkamah Koroner secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan
- Sebelum kejadian, Zara Qairina pernah dipanggil oleh pelajar senior berkaitan kes curi
- Tiada peraturan di asrama yang melarang pelajar dari dorm lain memasuki dorm orang lain
- Saksi membuat 'barcode' dengan menoreh di lengan menggunakan alat 'cutter' sebagai tanda 'stress'
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
