Inkues Zara Qairina: Kumpulan Circle 19 tidak pernah diberi peranan cari pesalah dan menghukum - Saksi

KOTA KINABALU - Saksi ke-21 iaitu kanak-kanak ke-12 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kumpulan Circle 19 tidak pernah diberikan peranan oleh pihak sekolah untuk mencari pesalah di dalam asrama dan menghukumnya.
Peguam Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, saksi memberitahu, dia bersama beberapa pelajar lain adalah rakan dan mereka juga mempunyai nama kumpulan iaitu Circle 19.
"Circle 19 ini adalah terdiri daripada 19 orang dan saksi memaklumkan mereka berkawan baik. Ahli kumpulan ini adalah saksi dan rakan-rakannya manakala lima ahli kumpulannya sudah berpindah.
"Saksi dan rakan senior yang lain mempunyai peranan ke atas pelajar-pelajar junior untuk menjaga keselamatan mereka, memastikan mereka menjaga kebersihan bilik, barangan peribadi dan tandas. Saksi berkata, mereka tidak pernah diberikan peranan oleh pihak sekolah untuk mencari pesalah dalam asrama dan menghukum pesalah tersebut," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Katanya lagi, saksi memaklumkan bahawa dia cuma diberitahu oleh rakannya bahawa Zara Qairina mencuri dan saksi memaklumkan dia tidak membuat siasatan ke atas perkara itu.
"Saksi mengatakan mereka tidak pernah memberitahu pihak sekolah mahupun mana-mana guru berkaitan tuduhan bahawa Zara mencuri.
"Saksi berkata, budaya bercakap kesat dan kasar oleh pelajar senior kepada pelajar junior berlaku di sekolah ini dan semasa mereka junior pun turut dikasari begini," katanya.
Mohd Azhier berkata, saksi memberitahu pada malam 15 Julai lalu dia bersama rakannya diminta untuk menegur Zara Qairina.
"Saksi mengatakan pada malam itu, dia dan kira-kira 10 orang pelajar Tingkatan Satu di katil masing-masing telah memberitahunya bahawa dompet rakan satu dorm telah dicuri oleh Zara.
"Saksi berkata, dia turut diberitahu bahawa lencana bendera telah dijumpai dalam beg Zara dan saksi telah bertanya kepada Zara, “Zara, kau jujur jak, betulkah kau ambil benda tu? dan Zara menidakkan.
"Saksi memberitahu pelajar lain telah menerangkan kepada Zara berkaitan kehilangan dompet seorang pelajar tetapi saksi tidak faham jalan cerita kerana mengantuk dan telah meninggalkan mereka lalu balik ke bilik untuk tidur sekitar jam 10.30 malam," katanya.
Tambahnya, saksi memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tahu adakah Zara Qairina dipanggil masuk ke bilik lain dan tidak tahu apa yang berlaku ketika itu.
"Saksi memberitahu bahawa dia dan empat lagi pelajar lain ada bertanya kepada Zara pada malam tersebut, tetapi mereka bertanya dengan nada biasa saja, tidak ada menengking, bersikap kasar dan berkata kesat.
"Saksi berkata, dia diberitahu, ada pelajar menengking Zara. Pada malam itu ada pelajar yang mengesahkan dia tidur di bilik lain (bukan biliknya sebenar) dan tidak pernah keluar dari bilik berkenaan bermula sekitar jam 10.30 malam 15 Julai hingga 4 pagi 16 Julai.
"Saksi mengatakan dia cuma dikejutkan oleh rakan sekitar jam 4 pagi 16 Julai 2025 dan pada waktu itu, asrama sudah riuh kerana Zara jatuh. Saksi memberitahu dia dan beberapa rakannya tidur di lantai antara jam 12 tengah malam sehingga 3 pagi 16 Julai 2025.
"Saksi juga memberitahu dia tidur di bilik tersebut setiap hari sejak masuk sekolah tahun ini. Barang-barangnya ada dibiliknya yang sebenar dan dia tidur di sana kerana mereka memang berkawan," katanya.
Sebelum itu, Mohd Azhier bersama rakan sepasukannya iaitu Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan mewakili empat daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina.
Mereka hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut yang kini memasuki hari ke-16 dan berlangsung di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Kumpulan Circle 19 tidak pernah diberi peranan mencari dan menghukum pesalah di asrama oleh pihak sekolah
- Circle 19 terdiri daripada 19 pelajar dan lima daripadanya sudah berpindah
- Saksi tidak membuat siasatan atas tuduhan mencuri yang dilemparkan kepada Zara Qairina
- Saksi bersama beberapa pelajar lain hanya bertanya kepada Zara mengenai kehilangan dompet tetapi tidak bersikap kasar
- Saksi tidak tahu apa yang berlaku setelah meninggalkan Zara dan pelajar lain sekitar jam 10.30 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
