Keprihatinan Malaysia terhadap perjuangan Palestin mungkin disalah tafsir pihak tertentu - KPN

KUALA LUMPUR - Keprihatinan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin mungkin disalah tafsir oleh pihak tertentu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, bantuan yang dihulurkan rakyat Malaysia berlandaskan semangat kemanusiaan sejajar dengan kedudukan negara ini sebagai sebuah negara Islam.
“Ada beberapa rakyat negara lain seperti Palestin dan Syria yang turut menjadi penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
“Pada pandangan saya, mungkin keprihatinan rakyat kita disalah ertikan oleh pihak tertentu,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, Rabu.
Mohd Khalid berkata, Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan negara berkaitan.
“Kita sentiasa bekerjasama serta bertukar maklumat bagi mendapatkan maklumat awal untuk tindakan berkesan pada masa hadapan,” katanya.
Pada Ahad, media melaporkan bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Malaysia telah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas.
Dalam satu hantaran di platform X, Jonathan turut menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat dengan perdamaian.
Kritikan tersebut muncul selepas Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin dan menggesa supaya hubungan dengan Israel diputuskan kerana Gaza terus dihancurkan manakala Tebing Barat dirampas.
Ringkasan AI
- Keprihatinan Malaysia terhadap Palestin mungkin disalah tafsir
- Bantuan Malaysia kepada rakyat Palestin adalah berlandaskan semangat kemanusiaan
- Pelajar dari negara seperti Palestin dan Syria menjadi penuntut di IPT Malaysia
- Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat
- Jonathan Schanzer mendakwa Malaysia menjadi pusat operasi anggota Hamas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
