Bekas pegawai AS tuduh Malaysia jadi pusat operasi Hamas

Hantaran kontroversi Jonathan di aplikasi X selepas kenyataan Anwar supaya hubungan dengan Israel diputuskan.
Hantaran kontroversi Jonathan di aplikasi X selepas kenyataan Anwar supaya hubungan dengan Israel diputuskan.
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI]  Bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer mencipta kontroversi apabila mendakwa Malaysia telah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas.

Dalam satu hantaran di platform X, Jonathan turut menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat dengan perdamaian.

“Negaranya sudah lama menjadi tuan rumah kepada anggota Hamas. Beliau langsung tidak berminat dengan perdamaian,” tulisnya.

Kritikan tersebut muncul selepas Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin dan menggesa supaya hubungan dengan Israel diputuskan kerana Gaza terus dihancurkan manakala Tebing Barat dirampas.

Hantaran Pengarah Eksekutif Yayasan Pertahanan Demokrasi (FDD) yang mendakwa Malaysia sebagai lokasi operasi Hamas itu meraih hampir sejuta tontonan dengan sebahagian besar respons datang daripada pengguna media sosial Malaysia.

Jonathan menyifatkan reaksi yang diterimanya sebagai lucu serta keterlaluan.

“Hampir sejuta tontonan. Hampir sepenuhnya troll dari Malaysia. Respons diterima agak lucu dan ada yang keterlaluan,” katanya dalam ciapan berasingan di aplikasi X.

Terdahulu, beberapa pengguna platform X tampil membidas kenyataan Jonathan dengan membandingkan rekod negara Barat yang pernah terbabit dalam peperangan dan pengeboman di luar negara.

Seorang pengguna X mempertikaikan dakwaan tersebut dengan menulis: “Nama sahaja penganalisis. Mana sumber engkau petik?”

Artikel Berkaitan:

Nada sama turut dikongsi pengguna @alyphzakri yang menegaskan: “Keamanan? Apa Amerika buat di Iraq, itu kah yang kamu panggil keamanan?”

Pengguna lain, @minpage_turn menulis: “Itu kenyataan yang melampau, sedangkan negara kamu sendiri pernah mengebom rakyat negara lain.”

Manakala @hafiz_suhaidi pula menyindir ringkas dengan komen: “Koyak lah tu.”

Seorang lagi, @nizalfisa menyatakan: “Kamu yang tidak mahu keamanan, tapi tuduh orang lain pula.”

Tidak ketinggalan, pengguna @skyloong2014 membalas sindiran dengan menulis: “Apa kamu cemburu, Jonathan, kerana negara kamu pun tidak aman dan tidak sebaik Malaysia.”

Ringkasan AI

  • Jonathan Schanzer mendakwa Malaysia menjadi pusat operasi anggota Hamas
  • Dia mencetuskan kontroversi dengan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Anwar menegaskan pendirian Malaysia menyokong Palestin dan menggesa pemutusan hubungan dengan Israel
  • Hantaran Schanzer di X meraih hampir sejuta tontonan, sebahagian besar dari pengguna Malaysia
  • Schanzer menyifatkan respon dari pengguna Malaysia sebagai lucu dan keterlaluan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!