Perkhidmatan rahsia AS lumpuhkan rangkaian telekomunikasi haram berhampiran PBB

Perkhidmatan Rahsia AS melumpuhkan rangkaian peranti elektronik besar di New York yang mengancam pemimpin politik UNGA. Foto AFP
Perkhidmatan Rahsia AS melumpuhkan rangkaian peranti elektronik besar di New York yang mengancam pemimpin politik UNGA. Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata, pihaknya telah melumpuhkan sebuah "rangkaian peranti elektronik" berskala besar di wilayah metropolitan New York yang menimbulkan "ancaman nyata" kepada pemimpin politik yang menghadiri Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi itu, yang ditugaskan untuk melindungi para pemimpin politik AS dan asing, berkata pihaknya menemukan "300 pelayan SIM yang ditempatkan bersama dan 100,000 kad SIM di beberapa lokasi."

"Walaupun pemeriksaan forensik terhadap peranti ini masih dijalankan, analisis awal menunjukkan terdapat komunikasi selular antara pelaku ancaman yang didalangi negara dan individu yang dikenal pasti oleh penguatkuasa undang-undang persekutuan," katanya, memberi isyarat kemungkinan penglibatan asing.

Pengumuman itu dibuat tidak lama sebelum Presiden, Donald Trump dijadualkan menyampaikan ucapan pada Debat Umum tahunan Perhimpunan Agung PBB.

Menurut kenyataan itu, peranti berkenaan boleh memudahkan panggilan ugutan tanpa nama dan mungkin juga digunakan untuk melumpuhkan menara telekomunikasi dengan membebankannya secara berlebihan, selain membolehkan penjenayah melakukan komunikasi berkod.

"Potensi gangguan terhadap telekomunikasi negara kita akibat rangkaian peranti ini tidak boleh dipandang remeh," kata Pengarah Perkhidmatan Rahsia Sean Curran.

Menurut Perkhidmatan Rahsia, peranti itu tertumpu dalam lingkungan 55 kilometer dari Perhimpunan Agung PBB. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Perkhidmatan Rahsia AS melumpuhkan rangkaian peranti elektronik besar di New York yang mengancam pemimpin politik UNGA
  • Pihak berkuasa menemukan 300 pelayan SIM dan 100,000 kad SIM
  • Analisis awal menunjukkan komunikasi selular antara pelaku ancaman negara dan individu yang dikenal pasti
  • Peranti tersebut dapat memudahkan panggilan ugutan tanpa nama dan melumpuhkan menara telekomunikasi
  • Rangkaian peranti berada dalam lingkungan 55 kilometer dari Perhimpunan Agung PBB

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!