Flotilla bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza 29 Mac ini

ANKARA - Flotilla bantuan Global Sumud merancang untuk berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac dengan penyertaan antarabangsa yang lebih luas, menurut pengumuman pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Pelepasan akan bermula dari lokasi bersejarah di Barcelona, diikuti oleh Tunisia, Itali dan pelabuhan lain di Mediterranean dan kali ini kami akan berlepas pada 29 Mac,” kata aktivis Global Sumud Sumeyra Akdeniz Ordu, dalam sidang media secara langsung dari Johannesburg, Afrika Selatan.
"Kali ini kami akan belayar bersama ribuan peserta, termasuk lebih daripada seribu doktor, jururawat dan profesional kesihatan.
"Kami akan membawa bersama profesional perubatan, pembina mesra alam, serta penyiasat jenayah perang, yang menjadi perbezaan berbanding misi sebelumnya,” kata beliau.
Ringkasan AI
- Flotilla bantuan Global Sumud berencana untuk berangkat ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
- Rencana perlepasan akan dimulai dari Barcelona dan melibatkan pelabuhan di Tunisia, Itali serta pelabuhan lain di Mediterranean
- Misi ini akan melibatkan ribuan peserta termasuk lebih daripada seribu doktor, jururawat, dan profesional kesihatan
- Misi ini akan turut membawa bersama profesional perubatan, pembina mesra alam, serta penyiasat jenayah perang
- Perencanaan ini diumumkan dalam satu sidang media secara langsung dari Johannesburg, Afrika Selatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
