Kumpulan muzik anjur protes nyanyian bantah kekerasan ICE

MINNEAPOLIS - Sebuah kumpulan muzik di Amerika Syarikat (AS) menganjurkan siri protes nyanyian sebagai membantah tindakan kekerasan anggota Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) susulan insiden tembakan yang meragut dua nyawa warga tempatan di Minneapolis pada bulan lalu.
Grup yang menggelarkan diri mereka sebagai Singing Resistance itu mempersembahkan lagu bertemakan cinta dan komuniti serta laungan slogan menuntut pembubaran ejen persekutuan kontroversi itu.
Menurut CNN, demonstrasi nyanyian itu bermula empat hari selepas insiden pembunuhan Renee Good pada 7 Januari lalu.
Tunjuk perasaan anti-ICE itu kemudiannya meraih penyertaan kira-kira 600 demonstran.
Pada awal minggu lalu, Singing Resistance menerusi catatan di Instagram memaklumkan seramai 2,000 menyertai demonstrasi di luar Hotel Marriott Residence Inn.
"Kumpulan kami semakin kuat untuk sampaikan mesej jelas kepada ICE, 'berhenti kerja dan sertai kami memperjuangkan nilai cinta serta kemanusiaan'.
Difahamkan, protes tersebut diinspirasikan daripada gerakan penentangan awam di Serbia yang memainkan peranan penting menggulingkan bekas Presiden, Slobodan Milosevic pada tahun 2000. - Agensi
Ringkasan AI
- Kumpulan muzik di AS anjur siri protes nyanyian bantah tindakan ICE susulan insiden tembakan di Minneapolis
- Grup Singing Resistance persembah lagu cinta dan komuniti, tuntut pembubaran agensi ICE
- Protes nyanyian bermula empat hari selepas pembunuhan Renee Good
- Penyertaan dalam protes mencapai kira-kira 600 orang
- Singing Resistance umum 2,000 orang sertai demonstrasi di luar Hotel Marriott Residence Inn
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

