'Hari gelap' The Washington Post

Pada akhir 2023, kira-kira 240 kakitangan pernah berhenti secara sukarela dan menerima pampasan. - Foto Agensi
Pada akhir 2023, kira-kira 240 kakitangan pernah berhenti secara sukarela dan menerima pampasan. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Di tengah-tengah kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin pesat, The Washington Post pada membuat langkah mengejut dengan memberhentikan ratusan atau satu pertiga kakitangan mereka.

"Unit yang terlibat ialah sukan, liputan antarabangsa dan berita tempatan," menurut sumber rapat akhbar terkemuka itu.

Detik suram bagi akhbar arus perdana yang berusia lebih satu abad itu akhirnya mengesahkan khabar angin yang tersebar beberapa minggu kebelakangan ini.

Editor Eksekutif, Matt Murray pada Rabu berkata, The Washington Post sedang melakukan 'transformasi strategik' untuk memastikan penerbitan yang lebih baik pada masa depan.

"Kita telah mengalami kerugian terlalu lama dan bergelut dengan kandungan yang menarik untuk mendekati pembaca di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dalam pasaran media.

"Versi semasa bahagian sukan yang popular terpaksa ditamatkan, namun beberapa staf unit tersebut akan diserapkan dalam pasukan baharu.

"Kita juga sedang menstruktur semula liputan domestik, mengurangkan operasi laporan antarabangsa termasuk di zon perang, menutup bahagian buku dan menangguhkan podcast berita harian utama," jelasnya sambil menambah kira-kira 12 biro pasukan antarabangsa akan dikekalkan dengan memfokuskan isu keselamatan negara.

Difahamkan, akhbar itu pernah mencatatkan pertumbuhan positif sepanjang lapan tahun pertama selepas diambil alih bilionair, Jeff Bezos sebelum ia mengalami penurunan jumlah pembaca dan langganan. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • The Washington Post memberhentikan satu pertiga kakitangan
  • Unit yang terlibat ialah sukan, liputan antarabangsa dan berita tempatan
  • Akhbar ini melakukan 'transformasi strategik' untuk masa depan yang lebih baik
  • Berlakunya penstrukturan semula melibatkan pengurangan operasi laporan antarabangsa dan penutupan bahagian buku
  • Akhbar itu mengalami penurunan jumlah pembaca dan langganan setelah pertumbuhan positif selama lapan tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!