Suami setia jaga isteri sakit hingga ke hujung nyawa


HANOI – Tular sebuah video yang telah menyentuh hati warganet apabila memaparkan kisah seorang suami di Vietnam yang setia menjaga isterinya yang menderita penyakit kronik hingga ke hujung nyawa.
Dalam rakaman sebelum ini, lelaki berkenaan dilihat sentiasa berada di sisi isterinya membantu menguruskan keperluan harian, menyuap makanan, mengemas tempat tidur serta menemaninya menjalani rawatan.
Walaupun hidup mereka serba kekurangan, kasih sayang dan kesetiaan yang ditunjukkan lebih berharga daripada kemewahan.
Menurut laporan media tempatan, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama puluhan tahun.
Ujian besar menimpa apabila si isteri disahkan menghidap penyakit kronik.
Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah memberi tekanan dari segi emosi dan kewangan.
Si suami bagaimanapun tetap memilih untuk setia dan menggalas tanggungjawab sebagai penjaga sepenuh masa tanpa rasa lelah.
Baginya, perkahwinan bukan sekadar janji di waktu senang, tetapi komitmen untuk tetap bersama ketika diuji kesusahan.
Kisah pasangan itu yang dikongsi di platform media sosial mengundang pelbagai reaksi warganet dan ia sekali lagi mengundang simpati ramai setelah isterinya meninggal dunia.
Ramai memuji pengorbanan si suami dan menyifatkan kisah tersebut sebagai contoh cinta sejati serta makna sebenar sebuah perkahwinan.
“Beginilah sepatutnya erti setia,” tulis seorang warganet.
“Cinta bukan hanya ketika sihat dan bahagia,” komen seorang lagi pengguna media sosial. - Agensi
Ringkasan AI
- Video seorang suami di Vietnam yang menjaga isterinya yang sakit kronik menyentuh hati warganet
- Pasangan tersebut telah berkahwin puluhan tahun
- Kesetiaan suami tidak luntur walaupun diuji penyakit kronik dan kesulitan kewangan
- Suami berperanan sebagai penjaga sepenuh masa, menunjukkan komitmen dalam susah dan senang
- Kisah mereka menjadi inspirasi mengenai cinta sejati dan makna perkahwinan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

