Nubhan buat laporan polis, dakwa rumah didatangi pemiutang cari Dr Fie

Nubhan mendedahkan rumahnya didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya.
Nubhan mendedahkan rumahnya didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya.
A
A
A

SEREMBAN - Penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, atau lebih dikenali sebagai Nubhan mendedahkan telah membuat laporan polis selepas mendakwa rumahnya didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie.

Menerusi salinan laporan polis yang dikongsi di laman Facebooknya pada Rabu, Nubhan mendakwa pengutip hutang berkenaan memaklumkan bahawa bekas isterinya itu mempunyai hutang dalam jumlah yang besar, selain enggan memberi kerjasama.

Justeru laporan tersebut dibuat olehnya kerana bimbang keselamatan anak-anaknya yang kini berada di bawah jagaan wanita terbabit.

"Saya tidak mahu anak-anak saya diganggu oleh pihak pengutip hutang berkenaan kerana bimbang anak-anak saya berada dalam keadaan ketakutan dan trauma serta mengganggu emosi anak-anak saya atas perkara ini.

"Atas hal ini, saya datang ke balai buat repot kerana bimbang keselamatan anak-anak serta takut terjadi apa-apa hal di kemudian hari," menurut laporan polis terbabit.

Bagaimanapun tarikh laporan yang dibuat di Balai Polis Paroi tersebut dibuat tidak didedahkan,

Selain itu, bekas peserta Akademi Fantasia berkenaan turut menegaskan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga terancam.

"Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri saya, saya mohon jasa baik agar anak anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini.

"Saya tidak teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang di atas keselamatan anak anak dan keluarga saya," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!