Jentera calon PH maut kemalangan

ALOR GAJAH - Seorang jentera bagi calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan maut dalam nahas jalan raya di Jalan Nyalas, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali J Samyvel, 62, dalam perjalanan ke Pejabat Tanah Alor Gajah sebelum terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori yang membawa muatan buah-buahan.
Mangsa yang juga Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah antara individu yang menjadi 'tulang belakang' dalam kempen bersama calon, P Denesh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Difahamkan Denesh yang mengadakan program walkabout dan ziarah di Kampung Jus Permai bergegas ke lokasi kejadian.
Kenyataan rasmi pihak polis berhubung kejadian itu sedang diperoleh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
