'Proses pertuduhan bergantung kepada laporan perubatan mangsa'

Tangkap layar rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat memaparkan kejadian mangsa dipukul yang tular di media sosial.
Tangkap layar rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat memaparkan kejadian mangsa dipukul yang tular di media sosial.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Proses pertuduhan terhadap suspek kes pukul melibatkan orang kurang upaya (OKU) kategori mental bergantung laporan lengkap perubatan mangsa daripada pihak hospital.

Exco Kerajaan Tempatan Perumahan, dan Kesihatan Negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan lengkap perubatan mangsa terbabit kerana lelaki berkenaan masih dirawat di hospital bagi rawatan lanjut.

Wan Sukairi (tiga dari kiri) melawat reruai pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Wan Sukairi (tiga dari kiri) melawat reruai pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2025.

"Setakat semalam saya berhubung dengan pihak hospital memaklumkan masih lagi belum ada satu tarikh tertentu untuk selesaikan kes perubatan (laporan lengkap perubatan) mangsa terbabit.

"Mangsa masih berada di wad, keadaannya stabil di bawah pemantauan pihak hospital," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di sebuah pusat membeli belah di sini pada Ahad.

Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan insiden seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di pasar pagi Jalan Padang Astaka, Chukai, di Kemaman.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal telah memasuki tapak jualan, lalu terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh dan bertaburan di atas jalan.

Susulan itu, beberapa individu yang berada di lokasi tersebut dipercayai telah telah bertindak memukul mangsa.

Artikel Berkaitan:

Insiden mangsa dipukul menarik perhatian ramai setelah rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat mengenai kejadian tersebut tular di media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!