Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan

Musa menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Musa menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.

Bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.

“Pemergian beliau satu kerugian buat negara, beliau mempunyai pengalaman yang luas kerana menjadi Ketua Polis Negara selama 20 tahun.

“Dari segi keselamatan beliau telah terlibat dalam banyak era keselamatan ketika zaman komunis.

“Beliau merupakan ketua saya ketika berkhidmat di Polis Kontinjen Melaka dan waktu itu saya berpangkat inspektor dan beliau Ketua Polis Melaka.

"Beliau sungguh prihatin. Selalu panggil pegawai dan anggota bawahan untuk memberi nasihat dalam mesyuarat melibatkan semua inspektor dan pegawai untuk mendapatkan maklumat berhubung tugasan kami," katanya ketika ditemui di Masjid Negara hari ini.

Jelasnya Allahyarham juga seorang pemimpin yang banyak membuat perubahan dalam pasukan polis.

Beliau berkata, Allahyarham juga terbabit menjalankan pelbagai risikan terutama terhadap ancaman komunis.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Zohor.

Pada Sabtu, Mohammed Hanif dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Kapten Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif menerusi platform WhatsApp awal pagi Sabtu.

Mohammed Hanif yang lahir pada 16 Januari 1939 merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!