Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.

Beliau yang ditemui Astro AWANI di Masjid Negara memaklumkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar dalam keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sepanjang hayat arwah bersama PDRM, saya anggap Allahyarham seorang legend.

“Allahyarham seorang yang tegas dan bijaksana, cekap dalam membuat keputusan terutama membabitkan pasukan PDRM dan kerajaan,” katanya.

Tambah Razaruddin, beliau dan seluruh keluarga besar PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Banyak jasa Allahyarham dicurahkan kepada PDRM sepanjang 20 tahun berkhidmat, itu satu jangka masa yang panjang. Allahyarham saya anggap yang bijaksana mempunyai pegangan tersendiri,” katanya.

Pada Sabtu, Mohammed Hanif dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Kapten Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif menerusi platform WhatsApp awal pagi Sabtu.

Mohammed Hanif yang lahir pada 16 Januari 1939 merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!