Lelaki disambar buaya ketika menjala ikan

Mohd Faizal (gambar kecil) dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika menjala ikan di bawah jambatan Sungai Buloh di Sadong Jaya, pada Selasa. Foto bomba
Mohd Faizal (gambar kecil) dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika menjala ikan di bawah jambatan Sungai Buloh di Sadong Jaya, pada Selasa. Foto bomba
A
A
A

KUCHING - Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika menjala ikan di bawah jambatan Sungai Buloh di Sadong Jaya, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian tersebut, Mohd Faizal Abdillah, 30, disedari hilang oleh rakannya yang bersama dengannya menjala ikan di sungai tersebut.

Menurut Mohd Nassarudin Morsalin, 26, mangsa didapati hilang secara tiba-tiba sebelum menyedari dia telah disambar reptilia tersebut.

Dia kemudian segera berlari ke kawasan pangkalan bagi mendapatkan bantuan.

Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan. Foto bomba
Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan. Foto bomba

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah hari.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai.

"Sebaik tiba, pasukan bomba mendapatkan maklumat terperinci dan rakan mangsa yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan mereka turun ke sungai sehingga paras pinggang untuk menjala tetapi tiba-tiba mangsa disambar buaya," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, operasi dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan, namun keadaan arus sungai serta faktor keselamatan di lokasi turut diambil kira bagi mengelakkan sebarang risiko kepada anggota penyelamat.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga jam 2 petang, mangsa masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika menjala ikan di Sungai Buloh, Sadong Jaya Mohd Faizal bin Abdillah, 30, disedari hilang oleh rakannya semasa menjala ikan Rakan mangsa, Mohd Nassarudin Morsalin, menyaksi dan berlari mencari bantuan selepas insiden Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya digerakkan ke lokasi kejadian Operasi pencarian dan penyelamat dijalankan tetapi mangsa masih belum ditemukan sehingga jam 2 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!