Jenazah Tun Hanif Omar selesai disolatkan di Masjid Negara

Hadirin yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, pegawai dan anggota polis membaca doa untuk jenazah Allahyarham Mohammed Hanif di Masjid Negara.
Hadirin yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, pegawai dan anggota polis membaca doa untuk jenazah Allahyarham Mohammed Hanif di Masjid Negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar selesai disolatkan di Masjid Negara pada jam 1.40 tengah hari.

Solat jenazah yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni itu disertai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Tan Sri Ismail Omar; Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mazlan Mansor serta kira-kira lebih 1,000 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, pegawai dan anggota polis.

Jenazah Allahyarham Mohammed Hanif kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk dikebumikan.

Tun Mohammed Hanif Omar dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun awal pagi Sabtu.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Kapten Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif menerusi platform WhatsApp.

Mohammed Hanif yang lahir pada 16 Januari 1939 merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: