Penunggang motosikal wanita maut: Polis mohon pemandu terlibat, saksi tampil

Tangkap layar video yang menunjukkan mangsa terjatuh dan dipercayai terlanggar sebuah kenderaan dari arah hadapan.
Tangkap layar video yang menunjukkan mangsa terjatuh dan dipercayai terlanggar sebuah kenderaan dari arah hadapan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Polis meminta pemandu yang terlanggar seorang penunggang motosikal wanita ataupun saksi kemalangan di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil pada Ahad tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 7.50 petang membabitkan seorang pekerja kilang, Balqis Natasya Habibullah, 21.

Menurutnya, ketika itu mangsa yang beralamat di Kota Sarang Semut sedang menunggang motosikal dari arah Kuala Ketil menghala ke Sungai Petani.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa bergerak lurus sebelum dipercayai hilang kawalan ke bahu kanan jalan dan terjatuh,” katanya.

Menurutnya, sebuah kenderaan yang datang dari arah hadapan dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.

“Kami meminta saksi kejadian atau individu yang terlanggar mangsa tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, satu video berdurasi 20 saat tular di media sosial memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal yang dilihat hilang kawalan sebelum terjatuh.

Artikel Berkaitan:

Mangsa kemudian dilanggar sebuah kenderaan yang datang dari arah hadapan dipercayai akibat tidak sempat mengelak.

Ringkasan AI

  • Polis meminta pemandu yang terlanggar penunggang motosikal wanita di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil tampil membantu siasatan
  • Kemalangan membabitkan Balqis Natasya Habibullah, 21, pekerja kilang yang sedang menunggang motosikal
  • Mangsa hilang kawalan dan terjatuh sebelum dilanggar oleh kenderaan yang datang dari arah berlawanan
  • Balqis Natasya Habibullah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala
  • Video berdurasi 20 saat tentang kejadian ini tular di media sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!