Bomba ambil langkah lepaskan gas ammonia ke udara

Kakitangan Hospital Jasin Rais Hasif, 27, (kanan) memakaikan penutup hidung dan mulut kepada rakan sekerjanya Zabidi Abd Malek, 45, ketika tinjauan di kilang memproses ayam malam tadi. Foto: Bernama
Kakitangan Hospital Jasin Rais Hasif, 27, (kanan) memakaikan penutup hidung dan mulut kepada rakan sekerjanya Zabidi Abd Malek, 45, ketika tinjauan di kilang memproses ayam malam tadi. Foto: Bernama
A
A
A

JASIN - Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengambil tindakan melepaskan gas ammonia yang terperangkap dalam saluran paip secara berperingkat di sebuah kilang memproses ayam di Merlimau, malam ini.

Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew kerja-kerja pelepasan itu dilakukan bermula kira-kira pada pukul 10.00 malam dan dijangka mengambil masa selama 10 jam.

“Kadar bacaan bahan kimia itu menunjukkan penurunan daripada 500 ppm (bahagian setiap juta) kepada kira- kira 30 ppm hanya dalam 45 minit,” kata Tey.

Beliau berkata, dalam masa yang sama pasukan bomba akan melakukan pemeriksaan berkala setiap dua jam dengan mengukur bacaan kandungan gas di kawasan pada radius kira- kira tiga kilometer dari kawasan kilang," katanya pada sidang media, pusat operasi, di sini, sebentar tadi.

Katanya, sekiranya bacaan yang diperoleh menunjukkan ada berlaku pencemaran udara pelepasan itu akan dihentikan.

Kok Kiew berkata, sehingga jam 11.30 malam tadi, hanya 11 mangsa yang masih dirawat di Hospital Melaka berbanding 26 orang pada siang tadi.

Beliau meminta orang ramai agak tidak cemas kerana keadaan adalah terkawal dan mendapatkan berita daripada sumber yang sahih.

Sementara itu, Pegawai Daerah Jasin Datuk Anis Ali Hasan berkata sebagai langkah awal dua pusat pemindahan sementara dibuka masing- masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum di Jasin dan SMK Ayer Molek, Melaka Tengah pada jam 9.45 malam tadi.- Bernama

Artikel Berkaitan: