Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa – KM Melaka

Ab Rauf (tengah) mengambil aduan daripada orang awam yang hadir pada Program HEBAT berlangsung di Seri Negeri pada Rabu.
Ab Rauf (tengah) mengambil aduan daripada orang awam yang hadir pada Program HEBAT berlangsung di Seri Negeri pada Rabu.
A
A
A

MELAKA – Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh masih menjalankan tugas sebagai Exco Melaka seperti biasa susulan status perletakan jawatannya yang masih belum dimuktamadkan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu telah menghantar surat peletakan jawatan, namun perkara tersebut masih dalam pertimbangan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

“Saya belum berunding lagi. Buat masa sekarang, beliau masih kekal sebagai Exco dan perkara peletakan jawatan itu belum dibincangkan dengan Tun Dr Mohd Ali.

“Sama ada diterima atau ditolak, masih belum ada keputusan muktamad. Sehingga hari ini, beliau masih menjalankan tugas sebagai Exco,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Hari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bersama Rakyat (HEBAT) Melaka Siri 1/2026 di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.

Pada program berkenaan, Dr Akmal dilihat menyantuni rakyat yang hadir bagi membuat aduan berkaitan di bawah portfolio Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Dr Akmal hadir pada program HEBAT berlangsung pada Rabu.
Dr Akmal hadir pada program HEBAT berlangsung pada Rabu.

Dr Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO, ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 15 Januari lalu, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Artikel Berkaitan:

Tindakan itu diambil selepas mendapat desakan beberapa pihak yang kurang senang dengan pendirian beliau yang lantang bersuara, termasuk desakannya supaya parti itu mempertimbangkan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, mengulas mengenai Program HEBAT, Ab Rauf berkata, siri pertama bagi tahun 2026 itu telah dihadiri hampir 500 rakyat Melaka, dengan 271 aduan berjaya diselesaikan manakala selebihnya akan diberi perhatian sewajarnya.

“Ada aduan yang dibawa bersifat peribadi dan ada juga berupa pandangan serta cadangan.

“Kerajaan negeri mengambil semua pandangan dan cadangan ini bagi tujuan penambahbaikan kaedah pentadbiran kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

Ringkasan AI

  • Dr Akmal masih menjalankan tugas Exco Melaka seperti biasa
  • Status perletakan jawatan Dr Akmal masih belum dimuktamadkan
  • Surat perletakan jawatan telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Melaka tapi belum dibincangkan
  • Dr Akmal menyantuni rakyat dan membuat aduan berkaitan di bawah portfolio Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  • Program HEBAT dihadiri hampir 500 rakyat Melaka, dengan 271 aduan berjaya diselesaikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!