6 kanak-kanak antara 8 terperangkap dalam kereta kabel

Orang ramai melihat operasi menyelamat lapan mangsa terperangkap dalam kereta kabel di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. - Foto AFP
Orang ramai melihat operasi menyelamat lapan mangsa terperangkap dalam kereta kabel di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. - Foto AFP
A
A
A

PESHAWAR - Enam kanak-kanak antara lapan orang yang terperangkap dalam kereta kabel yang tergantung merentasi sebuah lembah yang dalam di Pakistan, pada Selasa.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut menggunakan kereta kabel untuk ke sekolah sebelum tali kabel putus pada ketinggian 365 meter di pertengahan perjalanan di bahagian pergunungan terpencil di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

"Malam semakin dekat. Beritahu kami kenapa helikopter itu hendak balik," kata Gul Faraz, salah seorang mangsa dewasa yang terperangkap dalam kereta kabel memberitahu AFP menerusi telefon.

Pegawai kerajaan, Tanveer Ur Rehman berkata, beberapa helikopter tentera menerbangkan pasukan peninjau dan seorang juruterbang menurunkan abah-abah bagi menghantar makanakan, air dan ubat-ubatan.

"Ia adalah operasi rumit yang mengkehendaki ketepatan yang teliti. Helikopter tidak boleh mendekati kereta kabel secara dekat kerana tekanan udara akan menyebabkan salah satu penyangkut sokongan rantai akan putus," katanya.

Orang ramai dilihat berkumpul di kedua-dua bahagian jurang, yang terletak beberapa beberapa jam perjalanan dari bandar besar tersebut.

"Setiap kali helikopter menurunkan penyelamat lebih dekat, angin helikopter akan menyebabkan kereta kabel bergegar dan tidak seimbang sehingga menyebabkan kanak-kanak menjerit ketakutan," kata pengerusi kawasan lembah Allai.

Difahamkan, gondola itu rosak sekitar jam 7 pagi (waktu tempatan) bila mana penduduk terpaksa menggunakan pembesar suara masjid memberi amaran tersebut kepada pegawai di seberang lembah Allai.

Artikel Berkaitan:

Guru Besar, Ali Asghar Khan memberitahu AFP melalui telefon bahawa kanak-kanak itu adalah remaja lelaki dan juga pelajar di sekolah menengah di Battangi Pashto.

"Sekolah itu terletak di kawasan pergunungan dan tiada lintasan selamat, jadi adalah menjadi perkara biasa mereka menggunakan alat mengangkut itu," kata Ali.

Seorang guru Abid Ur Rehman berkata, kira-kira 500 orang telah berkumpul untuk menyaksikan misi menyelamat itu.

"Ibu bapa dan wanita menangis kerana bimbang keselamatan anak mereka," katanya kepada AFP. - AFP