Rogol berkumpulan, dua lelaki dijel 15 tahun dan sebat

Kedua-dua tertuduh ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Kuching.
Kedua-dua tertuduh ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Kuching.
A
A
A

KUCHING - Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan sebat selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat, atas kesalahan melakukan rogol secara berkumpulan terhadap remaja perempuan di sebuah hotel bajet pada bulan lalu.

Tertuduh, Azrin Dollah, 21, dan rakannya, Tajudin Mohd Kamri, 35, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan bersama terhadap mereka di Hadapan Hakim Jason Juga.

Menurut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan rogol berkumpulan terhadap remaja berusia 14 tahun sekitar jam 4.30 pagi pada 30 Januari lalu di sebuah hotel bajet di Jalan Sekama di sini.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Azrin yang juga pekerja kilang turut mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol seorang lagi remaja iaitu rakan mangsa yang pertama dalam kejadian sama.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan empat sebatan terhadap tertuduh selain memerintahkan bayaran pampasan sebanyak RM3,000 dan jika gagal membayarnya, dipenjara selama enam bulan.

Tajudin pula yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah didakwa di bawah Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan kerana merogol remaja berusia 14 tahun tersebut.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan terhadap tertuduh.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan secara serentak berkuatkuasa serta-merta.

Sebelum itu, menurut fakta kes, pengadu yang merupakan bapa mangsa berusia 14 tahun telah membuat laporan polis bahawa anaknya telah dirogol oleh sekumpulan lelaki.

Artikel Berkaitan:

Kejadian bermula menerusi perkenalan mangsa berusia 16 tahun dengan Azrin ketika melepak di stadium lalu bertukar nombor telefon dan pernah keluar beberapa kali.

Pada 30 Januari lalu, kedua-dua mangsa yang tinggal berjiran telah keluar dan bertemu dengan Azrin bersama seorang lagi tertuduh.

Dua remaja berkenaan kemudian dibawa ke hotel bajet dan semasa tidur, Tajudin telah merogol anak pengadu manakala Azrin turut melakukan perkara sama terhadap seorang lagi mangsa.

Kemudian, kedua-duanya merogol mangsa berusia 14 tahun itu secara bergilir-gilir sambil disaksikan rakannya.

Susulan kejadian itu, pengadu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan kedua-dua tertuduh pada 3 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian, Chuah Kai Sheng dan Adriana Maisarah Mohd Farid.

 

 

Ringkasan AI

  • Dua lelaki di Kuching dihukum penjara 15 tahun dan sebat atas kesalahan rogol berkumpulan
  • Tertuduh mengaku bersalah melakukan rogol terhadap remaja perempuan di hotel bajet
  • Satu daripada tertuduh juga dijatuhkan hukuman atas kesalahan merogol rakan mangsa yang pertama
  • Tertuduh dihukum menjalani hukuman secara serentak berkuatkuasa serta merta
  • Kejadian bermula menerusi perkenalan di stadium dan berakhir dengan laporan polis oleh bapa mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!