Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiga daerah terima bekalan secara berperingkat

A
A
A

BERITA SEMASA 16 MEI 2023

Tiga daerah di Kedah yang berdepan masalah air sejak Ahad membabitkan lebih 250,000 akaun pengguna, kini sedang menerima bekalan secara berperingkat, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Syarikat Air Darul Aman (SADA) merekodkan status terkini bekalan air pulih di Daerah Kulim mencapai tahap 100 peratus manakala di Daerah Kuala Muda mencecah 75 peratus sehingga jam 2 petang Selasa.

SADA menerusi satu kenyataan pada Selasa turut memaklumkan, hampir keseluruhan kawasan yang terjejas di Zon Kuala Ketil Daerah Baling, telah menerima bekalan air secara berperingkat.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com