MPKK rancang perluaskan kawasan pentadbiran

Zulqarnain (dua dari kiri) menerima tugas daripada Shahrom.
Zulqarnain (dua dari kiri) menerima tugas daripada Shahrom.
A
A
A

IPOH - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) merancang untuk memperluaskan kawasan pentadbirannya daripada keluasan 204 kilometer persegi kepada 2,560 kilometer persegi.

Yang Di-Pertua (YDP) MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perluasan kawasan itu akan membantu mewujudkan sistem perkhidmatan yang lebih baik dan sistematik kepada masyarakat.

Menurutnya, ia akan memudahkan lagi proses perbandaran dilakukan di sekitar kawasan seliaan MPKK kelak.

"Kita dalam usaha memberikan perkhidmatan yanh lebih baik. Insya-ALLAH, kita akan tingkatkan perkhidmatan kita kepada warga Kuala Kangsar.

"Kita akan perkukuhkan imej Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja yang lestari serta bandar ilmu di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Zulqarnain mengangkat sumpah selaku YDP dan Ahli Majlis MPKK selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas daripada YDP MPKK terdahulu, Datuk Shahrom Abd Malik di Dewan Bendahara, Wisma MPKK..

Sementara itu, Zulqarnain yakin permohonan berkenaan akan mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negeri.

"Setelah mendapat kelulusan, kawasan ini dalam proses untuk perwartaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga menunggu kelulusan daripada pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)," katanya.