Tengkorak, tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

IPOH - Satu tengkorak dan tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tengkorak dan tulang berkenaan dijumpai orang awam yang beriadah di kawasan tersebut kira-kira 11 pagi.

"Bertindak atas maklumat, pihak kami dibantu unit forensik dan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: