Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang

Orang ramai serta polis berada di sekitar kawasan rumah mangsa pembunuhan di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada Khamis.
Orang ramai serta polis berada di sekitar kawasan rumah mangsa pembunuhan di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Seorang peniaga maut dipercayai dibunuh sekumpulan individu berparang dan pistol taser dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 11.39 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan itu ditemukan dalam keadaan terbaring di hadapan bilik tidur.

"Semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati empat lelaki bersenjatakan parang dan pistol taser memasuki rumah mangsa.

"Siasatan turut mendapati seorang lagi individu berada dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi sekitar rumah mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menyiasat motif kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai diminta menyalurkannya di balai polis berdekata bagi tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Sabtu, tular beberapa video di media sosial memaparkan orang ramai termasuk pihak polis berada di rumah dekat sebuah taman perumahan di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!