Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Anggota keselamatan menutup bangkai pesawat dengan kanvas di lokasi nahas Elmina. - Foto Bernama (Gambar kecil: Mohd Sharkar)
Anggota keselamatan menutup bangkai pesawat dengan kanvas di lokasi nahas Elmina. - Foto Bernama (Gambar kecil: Mohd Sharkar)
A
A
A

KLANG - Kerajaan Pahang menyerahkan sepenuhnya hal pengebumian melibatkan mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Khamis lalu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun kepada waris sepenuhnya.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, hal melibatkan pengebumian merupakan urusan keluarga.

"Isu melibatkan pengebumian adalah urusan peribadi, jadi kita serahkan sepenuhnya kepada keluarga untuk diuruskan.

"Berkaitan soal itu, maaf saya tak dapat beri komen lanjut, gusar seandainya salah cakap dan kemudiannya timbul pula pelbagai spekulasi lain," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16,Shah Alam mungkin dikebumikan dalam satu lahad sekiranya dipersetujui waris.

Perkara itu dimaklumkan melalui taklimat ringkas pihak berkuasa kepada waris yang ketika ini menunggu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Bagaimanapun, semua waris diberikan hak untuk mengebumikan jenazah terlibat di mana sahaja termasuk di kampung masing-masing.

Dalam pada itu, taklimat sama memaklumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menguruskan setiap jenazah mangsa nahas pesawat itu termasuk urusan pengebumian di sebuah tanah perkuburan di Seksyen 21 di Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

ARTIKEL BERKAITAN

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'