Hilang sejak Jumaat, di mana Mangala Kali?

PETALING JAYA - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Kelana Jaya di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan, V Mangala Kali kira-kira jam 8.28 malam pada Jumaat.
"Remaja berkenaan kali terakhir dilihat berada di dalam rumah kira-kira jam 5.45 pagi pada hari sama.
“Remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berkulit sawo matang, berambut lurus panjang paras dada serta berbadan kurus,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Shamsudin berkata, pakaian terakhir dipakai remaja berkenaan ialah seragam sekolah menengah jenis pinafore.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohamed Sharefudden menerusi talian 019-386 1396," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
