'Satu undi kepada Sanusi bermakna sokong kecurian REE' - Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Perpaduan memberi jaminan memastikan isu unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, akan diselesaikan cara baik berdasarkan lunas undang-undang adil jika berjaya menawan Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu juga perlu difahami sebaik mungkin oleh rakyat di negeri ini dan merupakan peluang terbaik buat rakyat Kedah untuk menghalang kecurian REE yang berlaku di hutan simpan tersebut.

Menurutnya, sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada di Parlimen Pokok Sena, beliau terpanggil bercakap sebagai rakyat negeri ini untuk memberikan pencerahan tentang isu REE.

"Saya orang Pokok Sena, Kedah. Saya ada 'local stand' sebagai orang Kedah untuk bercakap tentang isu ini.

"Menjelang 48 jam yang terakhir ini (hari pengundian PRN) saya kata, satu undi kepada Sanusi (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) bermaksud satu undi menyokong REE terus dicuri.

"Satu undi kepada parti-parti Kerajaan Perpaduan bermaksud satu undi untuk menyekat kecurian daripada terus dilakukan," katanya pada sidang akhbar khas grand finale di Pejabat MPN Negeri Kedah, dekat sini pada Khamis.

Saifuddin pada sidang akhbar khas grand finale di Pejabat MPN Negeri Kedah, Alor Setar Khamis.
Saifuddin pada sidang akhbar khas grand finale di Pejabat MPN Negeri Kedah, Alor Setar Khamis.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata, isu perlombongan haram dan kecurian REE memberi kesan secara langsung kepada negeri dan penduduk di Kedah sekali gus memaparkan kelemahan tatakelola dan ketelusan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Kedah.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kelemahan tatakelola dan sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh pentadbiran PN di Kedah dalam menguruskan satu sumber negeri yang penting seperti REE menimbulkan keprihatinan besar.

"Keengganan Menteri Besar dalam mengambil tindakan tegas malah sebaliknya mengambil taktik mengelak dan menafikan telah menimbulkan keraguan serius tentang pertanggungjawaban pentadbiran PN di Kedah sebelum ini.

"Aset REE sepatutnya diurus dengan ketelusan dan kecekapan yang sama seperti yang ditunjukkan Petronas, sebuah syarikat minyak negara, dalam menguruskan pelbagai simpanan minyak dan gas di negeri-negeri," ujar beliau.

Tambahnya, komitmen Kerajaan Madani kepada ketelusan dan pertanggungjawaban jelas berbeza daripada pentadbiran PN di Kedah yang tidak mengamalkannya.

Menurutnya, perlindungan sumber alam, seperti Hutan Simpan Bukit Enggang, menjadi keutamaan kerajaan Madani. Kami mahu melindungi kepelbagaian bio (biodiversity) negeri sambil menjamin manfaat ekonomi yang boleh dimanfaatkan melalui perlombongan REE diagih secara adil untuk kebajikan Rakyat.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: 52 lelaki ditahan teroka REE secara haram

REE: Kedah tegaskan tiada aktiviti perlombongan

Amanah Kedah dakwa aktiviti korek REE masih berlaku

Kecurian REE: Kerajaan Kedah diminta perjelas dakwaan - Mahdzir

REE: PKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat Sanusi

REE: Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun

Sanusi sedia saman Saifuddin

Saifuddin 'tunggu' saman Sanusi

Saifuddin minta Sanusi dedah identiti lelaki China ditahan berkaitan REE

REE: Saya belum terima kunjungan SPRM - Sanusi

Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Sik

'Sanusi dah hantar surat saman, kita lawan di mahkamah' - Saifuddin

Isu REE: SPRM disaran tanya Takiyuddin - Mahadzir

Sanusi belum dipanggil SPRM, 10 Exco Kedah turut diambil keterangan

Saifuddin akan teruskan siri pendedahan isu REE

REE: Saifuddin dedah gambar Sanusi bersama warga China, dokumen MBI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!