'Sultan Kedah panggil saya ada hal-hal lain' - PM

Anwar (dua dari kanan) melawat reruai selepas Majlis Sidang Kemuncak Tahunan Pengkomersialan Malaysia 2023 di Connexion hari ini. - Foto Bernama
Anwar (dua dari kanan) melawat reruai selepas Majlis Sidang Kemuncak Tahunan Pengkomersialan Malaysia 2023 di Connexion hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bersama ahli perniagaan dari Indonesia menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, namun pertemuan itu sebagai kunjungan hormat.

Beliau berkata, pertemuan itu tiada kaitan dengan urusan permohonan untuk mengusahakan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di negeri berkenaan seperti yang didakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

"Isunya, curi nadir bumi, jangan alihkan. Menghadap Tuanku, itu jadual Sultan Kedah, jadi saya tak mahu kait. Tak bangkit soal REE... Sultan Kedah panggil saya ada hal-hal lain, termasuk ziarah makam.

"Yang saya nak sebut di sini, isu REE jangan dialih iaitu curi nadir bumi, beri kelulusan kepada syarikat China tanpa kebenaran,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa Anwar dan seorang warganegara Indonesia pernah ke negeri itu untuk meninjau tapak lombong REE sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut laporan itu, Muhammad Sanusi berkata, warganegara Indonesia yang dikenali sebagai 'Reza Khalid' itu dikatakan berminat melabur dalam aktiviti melombong REE di Kedah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anwar, Riza menghadap Sultan Kedah, tiada kaitan REE - Saifuddin

52 lelaki ditahan teroka REE secara haram

REE: Kedah tegaskan tiada aktiviti perlombongan

Amanah Kedah dakwa aktiviti korek REE masih berlaku

Kecurian REE: Kerajaan Kedah diminta perjelas dakwaan - Mahdzir

REE: PKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat Sanusi

REE: Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun

Sanusi sedia saman Saifuddin

Saifuddin 'tunggu' saman Sanusi

Saifuddin minta Sanusi dedah identiti lelaki China ditahan berkaitan REE

REE: Saya belum terima kunjungan SPRM - Sanusi

Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Sik

'Sanusi dah hantar surat saman, kita lawan di mahkamah' - Saifuddin

Isu REE: SPRM disaran tanya Takiyuddin - Mahadzir

Sanusi belum dipanggil SPRM, 10 Exco Kedah turut diambil keterangan

Saifuddin akan teruskan siri pendedahan isu REE

REE: Saifuddin dedah gambar Sanusi bersama warga China, dokumen MBI