[VIDEO] Anwar, Riza menghadap Sultan Kedah, tiada kaitan REE - Saifuddin

A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan kehadiran seorang ahli perniagaan Indonesia ke Kedah, tiada kaitan dengan permohonan melombong unsur nadir bumi (REE).

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tujuan kedatangan ahli perniagaan dikenali sebagai Mohamad Riza Chalid itu adalah bagi menemani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Beliau mendakwa, tiada sebarang pertemuan dibuat bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor antara kedua-duanya, sekali gus membuktikan tidak ada permohonan berkaitan REE dibuat.

Saifuddin (tengah) berkata kepada media ketika berkempen di Taman Delima, Sungai Petani pada Rabu.
Saifuddin (tengah) berkata kepada media ketika berkempen di Taman Delima, Sungai Petani pada Rabu.

"Kunjungan dia (Riza) adalah kunjungan menemani Datuk Seri Anwar ketika menghadap Tuanku di Istana Anak Bukit, itu saja... tiada kaitan lansung dengan REE.

"Berlaku tak pertemuan dengan Muhammad Sanusi? Tidak berlaku sama sekali. Kalau tak berlaku, tang mana mai permohonan pula? Itu saya kata merapu tadi," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika hadir menemui pengundi semasa berkempen di Taman Delima di sini pada Rabu.

Hadir sama, calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Arang N28, Adam Loh Wei Chai dan DUN Sidam, Bau Wong Bau Ek.

“Sama seperti ketika saya katakan Sanusi telah memudahkan dalam dokumentasi Imigresen, saya menunjukkan surat yang menyatakan dengan jelas nama So Lai Fat dan Huang Zhiyi.

“Saya tunjukkan bukti tetapi dia menafikan jadi saya mengeluarkan gambar itu. Sebab itu saya kata apabila kita mengeluarkan kenyataan, kita mesti sandarkan dengan bukti. Dia mengeluarkan kenyataan tanpa bukti,” katanya.

Saifuddin turut mendakwa, Sanusi membangkitkan isu itu kerana terdesak bagi mendapatkan sokongan dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Saya fikir ia adalah percubaan terdesak beliau untuk mengekalkan sokongan pengundi tegar Pas dan beliau merasakan terdapat pergeseran pengundi atas pagar selepas kami mendedahkan fakta (mengenai isu kecurian REE).

"Dia cuba mengalihkan perhatian kepada isu Sada (Syarikat Air Darul Aman) dan sudah tentu saya tidak melayan perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan Muhammad Sanusi bahawa Anwar telah membawa ahli perniagaan Indonesia bagi tujuan membuat permohonan melombong REE di Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: 52 lelaki ditahan teroka REE secara haram

REE: Kedah tegaskan tiada aktiviti perlombongan

Amanah Kedah dakwa aktiviti korek REE masih berlaku

Kecurian REE: Kerajaan Kedah diminta perjelas dakwaan - Mahdzir

REE: PKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat Sanusi

REE: Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun

Sanusi sedia saman Saifuddin

Saifuddin 'tunggu' saman Sanusi

Saifuddin minta Sanusi dedah identiti lelaki China ditahan berkaitan REE

REE: Saya belum terima kunjungan SPRM - Sanusi

Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Sik

'Sanusi dah hantar surat saman, kita lawan di mahkamah' - Saifuddin

Isu REE: SPRM disaran tanya Takiyuddin - Mahadzir

Sanusi belum dipanggil SPRM, 10 Exco Kedah turut diambil keterangan

Saifuddin akan teruskan siri pendedahan isu REE

REE: Saifuddin dedah gambar Sanusi bersama warga China, dokumen MBI