'Tadika swasta lama sunyi tanpa kanak-kanak'

Faridah menunjukkan gambar aktiviti membabitkan kanak kanak di tadika itu sebelum perlaksanaan PKP
Faridah menunjukkan gambar aktiviti membabitkan kanak kanak di tadika itu sebelum perlaksanaan PKP
A
A
A

SHAH ALAM - Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) swasta di sini bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka murid prasekolah pada Isnin ini selepas lama ditutup.

Pengusaha Tadika Alam Cahaya, Faridah Zainuddin berkata, mereka juga teruja untuk memulakan kelas secara bersemuka selepas tadika berkenaan sudah lama sunyi tanpa kehadiran kanak-kanak.

Faridah berkata, malah masalah dihadapi ibu bapa disebabkan penutupan tadika itu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini secara tidak langsung juga berakhir.

"Bukan saja ibu bapa tidak lagi pening kepala tetapi pengusaha tadika swasta seperti kami juga lega kerana boleh kembali beroperasi selepas lama bercuti kerana pelbagai faktor termasuk keselamatan.

"Pusat tadika ini juga dapat mencari pendapatan semula selepas terjejas teruk sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya ketika ditemui di di Seksyen U12 di sini pada Khamis.

Menurutnya, tadika itu mampu menerima 60 murid prasekolah berusia empat hingga enam tahun dalam satu masa berdasarkan kemudahan yang disediakan dengan dipantau enam guru.

"Secara keseluruhan, pihak kami sudah bersedia untuk memulakan kelas prasekolah secara bersemuka Isnin ini dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: