'Bayi dalam tandas stesen minyak rupanya anak sendiri'

Bayi lelaki yang baru dilahirkan dan ditemui seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak adalah anaknya sendiri.
Bayi lelaki yang baru dilahirkan dan ditemui seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak adalah anaknya sendiri.
A
A
A

PAPAR - Bayi lelaki yang baru dilahirkan dan ditemui seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak di Bongawan, di sini, pada awal pagi Khamis lalu, adalah anaknya sendiri.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir.

"Berdasarkan pengakuan awal, wanita tersebut wanita itu mengaku itu adalah bayinya.

"Bagaimanapun, ujian daripada Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh setakat ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi, seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa menemui bayi berkenaan dalam keadaan masih berdarah.

Bagaimanapun, wanita itu ditahan polis selepas disyaki sebagai ibu kandung bayi tersebut.

Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil serta di bawah pemantauan pihak hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi tersebut.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Bayi lelaki baru lahir ditemui dalam tandas stesen minyak di Bongawan oleh wanita yang mendakwa sebagai ibu kandungnya
  • Ketua Polis Daerah Papar mengesahkan wanita itu mengaku bayi tersebut anaknya
  • Ujian DNA belum diperoleh untuk memastikan hubungan mereka
  • Wanita berusia 21 tahun itu telah ditahan polis atas syak sebagai ibu kandung
  • Bayi dibawa ke Hospital Papar dan kini dalam keadaan stabil

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!