X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Lebih separuh remaja Sabah terima dos pertama vaksin Covid-19

Lebih separuh atau 50.5 peratus penduduk remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sabah telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Sabtu.
A
A

KOTA KINABALU - Lebih separuh atau 50.5 peratus penduduk remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sabah telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Sabtu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, seramai 20,148 remaja telah menerima suntikan vaksin itu pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif remaja menerima dos pertama seramai 215,249 orang.

"Ini angka memberangsangkan sejak Sabah memberi kebenaran suntikan vaksin bermula 16 September lalu," katanya menerusi kenyataan pada Ahad malam.

Masidi berkata, sehingga Sabtu juga lebih 1.68 juta atau 61.2 peratus penduduk di negeri ini telah menerima suntikan lengkap vaksin itu.

Sementara itu, beliau berkata, Sabah merekodkan 1,078 kes baharu pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 194,264 kes.

"Bilangan pesakit sembuh ialah 2,394 orang menjadikan jumlah kumulatif 173,450 orang manakala 3,493 orang masih menerima rawatan," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!