Dakwaan salah laku, RoS digesa siasat UMNO Bahagian Kota Kinabalu

KOTA KINABALU - Kira-kira 70 cawangan UMNO dari Bahagian Kota Kinabalu meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membuat siasatan terhadap dakwaan berlaku penyelewengan dan salah laku di bahagian tersebut.
Jurucakap mewakili kumpulan berkenaan, Dr Zulfikar Zulkifli berkata, laporan dibuat kepada RoS selepas semua prosedur telah dilakukan, namun tiada sebarang tindakan diambil daripada UMNO di peringkat bahagian, negeri dan Pusat.
Dakwanya, berlaku penukaran ahli dalam cawangan secara haram dan menyebabkan ahli tidak dapat menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.
"Saya bersama dengan ketua-ketua cawangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu hari ini membuat laporan di RoS berhubung penyelewengan dan salah laku yang berlaku dalam Bahagian Kota Kinabalu.