[VIDEO] Tujuh pelajar direman bantu siasatan kes pukul remaja lelaki
JOHOR BAHRU - Tujuh pelajar yang dipercayai terlibat memukul seorang remaja lelaki di kawasan rekreasi di Taman Bistari Indah di sini pada 9 Ogos lalu direman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini pada pagi Selasa.
Terdahulu, semua suspek yang berusia berusia 14 sehingga 17 tahun dan masih bersekolah itu dibawa ke mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh tahanan reman.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, proses reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes tersebut pula disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.