X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Dua lagi rakyat Malaysia di Singapura dijangkiti Covid-19

Dua wanita rakyat Malaysia antara kes baharu Covid-19 yang mempunyai kaitan dengan dua kluster terbuka, menurut Kementerian Kesihatan Singapura pada Rabu.
A
A

SINGAPURA - Dua wanita rakyat Malaysia antara kes baharu Covid-19 yang mempunyai kaitan dengan dua kluster terbuka, menurut Kementerian Kesihatan Singapura pada Rabu.

Kes mereka berkait dengan kluster Sms Infocomm dan dealer Marina Bay Sands Casino, kata kementerian dalam satu kenyataan malam tadi (Rabu).

Mereka didapati positif Covid-19 pada 18 Mei dan hasil ujian serologi masih belum diperolehi, katanya.

Kes terbaru itu menjadikan kluster Sms Infocomm mencatatkan tiga kes setakat ini dengan yang pertama juga melibatkan wanita Malaysia berusia 54 tahun yang disahkan positif pada 15 Mei.

Sementara itu bagi kluster dealer di Marina Bay Sands Casino, terdapat empat kes, pertama melibatkan lelaki Malaysia berusia 36 tahun yang disahkan dijangkiti Covid-19 pada 16 Mei.

Setakat tengah hari Rabu, Singapura mencatatkan sejumlah 61,689 kes.

Terdapat lima pesakit kini kritikal di unit rawatan rapi.

Sehingga kini Singapura mempunyai 25 kluster terbuka melibatkan kluster Terminal 3 Lapangan Terbang Changi yang mencatatkan 95 kes. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!