Chelsea mahu dua lagi pemain baharu

Mauricio Pochettino - Foto EPA
Mauricio Pochettino - Foto EPA
A
A
A

MAURICIO Pochettino menegaskan Chelsea masih belum puas berbelanja dan memberikan bayangan bakal membawa masuk dua lagi pemain baharu.

The Blues telah membelanjakan lebih daripada £320 juta (RM1.87 bilion) pada musim panas ini tetapi Pochettino mahukan tambahan pemain selepas Chelsea dibelenggu masalah kecederaan pemain.

Seramai sembilan pemain terpaksa diketepikan oleh Chelsea menjelang perlawanan di Stamford Bridge pada awal pagi Sabtu.

Menurut Pochettino, dua posisi iaitu penjaga gol dan penyerang dalam pasukan itu agak kritikal dan akan cuba mencari pemain yang sesuai sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

"Kami memerlukan sekurang-kurangnya seorang penjaga gol dan penyerang. Kami mempunyai penjaga gol muda yang sangat berbakat tetapi mereka memerlukan masa.

"Kami cuba mencari pemain yang tepat agar kesemua pemain dapat serasi. Sebab itu, ia tidak mudah tetapi kami cuba melakukan sesuatu.

"Jendela perpindahan masih dibuka dan kelab sedang berusaha. Beberapa pemain dikaitkan bersama kelab, mungkin benar atau tidak, kami akan maklumkan apabila ia menjadi kenyataan," katanya.