KKM umum SOP baharu Covid-19

Dr Zaliha - Foto Bernama
Dr Zaliha - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) baharu dan pelanjutan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan berdasarkan penilaian situasi semasa jangkitan, merujuk kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik Covid-19.

Ia susulan pencapaian dalam pengurusan pandemik Covid-19 yang berjaya mengekang penularan jangkitan dan memulihkan perkhidmatan kesihatan negara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, antara SOP baharu tersebut adalah mengenai pemakaian pelitup muka, prosedur pengasingan kes disahkan Covid-19 dan pelanjutan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

“Individu dikehendaki memakai pelitup muka bagi kes positif Covid-19 dan ketika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan Kawalan dan Pencegahan Infeksi semasa berhadapan atau mengendalikan pesakit.