Lagi varian baharu Covid-19

Penilaian menyeluruh ancaman subvarian Omicron tersebut sedang dijalankan. - Foto: Agensi
Penilaian menyeluruh ancaman subvarian Omicron tersebut sedang dijalankan. - Foto: Agensi
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengesahkan mereka sedang memantau dengan teliti kemunculan varian baharu Covid-19 dengan sejumlah besar mutasi.

Buletin mengenai pandemik itu pada lewat Khamis memaklumkan WHO mengklasifikasikan BA.2.86 tersebut sebagai di bawah pengawasan (VUM) berikutan subvarian Omicron itu mempunyai lebih 30 protein lonjakan.

"Impak mutasi BA.2.86 masih belum diketahui secara terperinci dan penilaian secara menyeluruh sedang dijalankan," ujar WHO sambil menambah ia juga sedang mengawasi lebih 10 varian.

Setakat ini, subvarian Omicron itu telah dikenal pasti di Israel, Denmark dan AS.

Pada Khamis, Moderna mengumumkan data kajian awal menunjukkan vaksin Covid-19 dihasilkan mereka yang dikemaskini adalah berkesan ke atas subvarian Eris dan Fonax yang mencetuskan lonjakan kes di beberapa negara baru-baru ini.

Pfizer juga memberitahu vaksin mereka yang dikemaskini juga menunjukkan aktiviti peneutralan terhadap subvarian Eris menerusi eksperimen terbaharu.

Pada awal bulan lalu, WHO mengklasifikasikan EG.5 sebagai 'varian perlu diberi perhatian' kerana bimbang mutasi virus tersebut mungkin menjadikannya lebih teruk dan mudah menular. - Agensi

Info

Artikel Berkaitan:

>Menerusi laporan terkini antara 17 Julai dan 13 Ogos lalu, lebih 1.4 juta kes baharu Covid-19 telah dikenal pasti dan lebih 2,300 kematian direkodkan.

>Sehingga 13 Ogos, lebih 769 juta kes Covid-19 disahkan dan lebih 6.9 juta kematian dilaporkan di seluruh dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!