X

Kindly register in order to view this article
!

Rundingan dengan Filipina bermakna Malaysia iktiraf tuntutan

Hishammuddin Tun Hussein
A
A

KOTA KINABALU - Usaha mahu berunding dengan Filipina yang dicadangkan Ketua Menteri Sabah adalah tidak masuk akal kerana ia seolah-olah mengiktiraf tuntutan terhadap Sabah.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia.

"Sampai bila-bila pun, Sabah sebahagian daripada Malaysia dan usaha kononnya nak berunding dengan Filipina yang dicadangkan Ketua Menteri sendiri, saya lihat memang tidak masuk akal.

"Kerana kalau kita adakan rundingan ini bermakna, kita mengiktiraf tuntutan itu," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Semarak Hari Malaysia di Dewan Taman Perindutrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu tuntutan Filipina terhadap Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, dalam ucapan beliau turut berkata, tiada sebab untuk Malaysia melakukan rundingan.

"Saya sudah beritahu duta Filipina, mahu runding apa lagi," katanya.

Terdahulu, isu tuntutan Filipina ke atas Sabah timbul semula apabila Kementerian Luar Filipina mahu membuka semula jabatan khas bagi menggerakkan usaha menuntut hak dan merebut semula Sabah daripada Malaysia.

Selain itu, Dewan Perwakilan Filipina turut mengesyorkan peta Sabah dipamerkan dalam pasport negara berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu supaya kerajaan Persekutuan berunding dengan Filipina berhubung isu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tuntutan Filipina terhadap Sabah tidak perlu dilayan'

Jangan beri Filipina laluan untuk rampas Sabah

Sabah milik Malaysia selama-lamanya

Kedaulatan Sabah tidak boleh dirundingkan: Najib

Tidak ada sebab Malaysia runding dengan Filipina isu Sabah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!