PLUS rangkul Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik

Zakaria menerima Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik daripada Fadillah (tiga kanan) pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Air Malaysia.
Zakaria menerima Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik daripada Fadillah (tiga kanan) pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Air Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merangkul Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik 2023 di bawah Kategori Loji Persendirian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

PLUS menerusi kenyataan di Facebook berkata, anugerah berprestij tersebut diperoleh bagi sistem loji rawatan kumbahan yang terletak di Hentian Sebelah Sungai Buloh (arah selatan).

“Pengiktirafan ini telah berjaya menunjukkan komitmen dan inisiatif PLUS dalam memastikan rawatan kumbahan yang efisien dan seiring dengan piawaian industri serta mengamalkan kelestarian alam sekitar.

Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik yang digondol PLUS.
Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik yang digondol PLUS.

“Anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi semasa Majlis Makan Malam Tahunan ke-36 anjuran Persatuan Air Malaysia yang berlangsung sempena pameran dan persidangan ASIAWATER 2024,” katanya.

Penyampaian anugerah pada majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: