X

Kindly register in order to view this article
!

Kedaulatan Sabah tidak boleh dirundingkan: Najib

Najib pada Program Bersama Bossku di Kampung Sembulan Lama malam ini.
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Menteri Sabah ketika ini yang meminta kerajaan memulakan rundingan dengan kerajaan Filipina berhubung kedaulatan negeri Sabah.

Najib berkata, ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, kerajaan Filipina tidak pernah membangkitkan isu tuntutan Sabah malah terus menghormati kedaulatan Malaysia.

“Zaman BN, masalah Filipina kita bantu bila mereka berperang dengan Moro.

“Saya memainkan peranan utama menyelesaikan pertikaian dengan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro), berunding dengan ketua MILF di Kuala Lumpur untuk mencari satu penyelesaian setelah bertahun-tahun ramai yang mati. Kerajaan Filipina menghargai peranan Malaysia membantu kerajaan Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program bersama Bossku di Kampung Sembulan Lama di sini, malam ini.

Hadir sama, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Mohd Reduan Aklee.

Najib berkata, ini menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan BN pada ketika itu adalah sebuah negara yang kuat selain berjaya mengurus tadbir negara dengan baik.

“Satu perkara yang tidak lagi dipertikaikan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah pun mengiktiraf bahawa Sabah itu dalam Malaysia. Kedudukan Sabah, kedaulatan Sabah tidak boleh dirundingkan.

“Saya ada pengalaman Lahad Datu pertama waktu saya jadi Perdana Menteri, kita bertindak tegas dan kalau ada Lahad Datu kedua kita akan memerangi habis-habisan untuk selamatkan Sabah,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!