KUALA LUMPUR - Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman kini berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Anak saudaranya, Mustaffa Khair Johari, ketika dihubungi Bernama berkata Mahadzir, 60, dibawa ke hospital awal pagi tadi setelah anggota keluarganya mendapati beliau tidak sedarkan diri.

“Pada mulanya beliau hanya mengadu sakit kepala dan kita telah beri panadol untuk dia, tetapi keadaan beliau semakin teruk dan telah tidak sedarkan diri sejak pagi tadi,” katanya.

Menurut Mustaffa, pemeriksaan awal mendapati masalah ini mungkin berpunca daripada komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

“Sebelum ini memang kita tahu yang beliau menghidap diabetes dan darah tinggi, tetapi beliau tidak pernah sakit teruk seperti ini sebelum ini, dan ini merupakan kali pertama saya melihat beliau dalam keadaan macam ini. Mungkin faktor tekanan kerja,” katanya.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mengenali Mahadzir supaya mendoakan bapa saudaranya itu dan dipermudahkan urusan ketika sedang sakit ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Personaliti dan hos televisyen popular Datuk Mahadzir Lokman telah dipindahkan ke wad biasa Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keadaannya kini stabil.
  • KUALA LUMPUR - Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman sedar daripada koma hari ini sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Ahad lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.